0
daily-mas2
    Akhbar Mirror UK sekali lagi membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa terdapat penumpang kedua yang disenaraikan menaiki pesawat MH 370  sebenarnya tidak menaiki pesawat tersebut. Ini bermakna ada individu lain menggunakan pasport bukan miliknya menaiki pesawat terbabit.

    Sebelum ini Mirror mendedahkan terdapat seorang penumpang menggunakan pasport yang dicuri menaiki pesawat MH 370. Terbaru seorang lagi yang disenaraikan oleh MAS sebagai penumpang pesawat muncul memaklumkan beliau tidak berada dalam pesawat tersebut.
  
 Rakyat Austria, Christan Kozel mengesahkan kepada akhbar Austria, De Standard, bahawa beliau berada dalam keadaan selamat. Laporan ini disahkan oleh pihak berkuasa Austria.
Menurut Kozel pasport beliau pernah dicuri ketika beliau melawat Thailand dua tahun lalu. 


Akhbar Mirror United Kingdom mendakwa salah seorang penumpang pesawat MH 370 menggunakan paspot Itali milik Luigi Maraldi yang dicuri pada Ogos tahun lalu.
    Luigi Maraldi yang disenaraikan sebagai salah seorang penumpang pesawat yang hilang muncul menafikan dirinya di dalam pesawat MH 370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, china.
Sumber Itali mengesahkan warganegara yang berusia , 37 tahun dari Cesena, Itali sihat dan berada di Thailand.  Beliau telah menghubungi keluarganya dan memaklumkan:
    “I’m alive – I’m in Thailand!” .
Menurut Agensi beri ANSA, Miraldi  telah membuat laporan kehilangan paspotnya pada 1 Ogos 2013.
sumber: http://www.mirror.co.uk/news/world-news/missing-malaysia-airlines-flight-live-3219331#ixzz2vNphivjF

Post a Comment Disqus

 
Top