0
KOTAK hitam atau black box adalah kumpulan peranti yang digunakan dalam bidang pengangkutan.Umumnya merujuk kepada perakam data penerbangan atau flight data recorder (FDR) dan perakam suara kokpit atau cockpit voice recorder (CVR) dalam pesawat terbang.
Fungsi dari kotak hitam sendiri adalah untuk merakam pembualan antara juruterbang dan pengawal lalu lintas udara atau air traffic control (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca sewaktu penerbangan.

2i8zqj4

Walaupun dinamakan kotak hitam tetapi sesungguhnya kotak tersebut tidak berwarna hitam dan ianya berwarna jingga (orange). Warna yang terang ini memudahkan pencarian jika pesawat itu mengalami kecelakaan atau kemalangan

Biasanya terdapat dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bahagian depan pesawat dan bahagian ekor pesawat, yang mana merupakan bahagian yang mudah untuk ditemui dan juga bahagian yang dikatakan kukuh pada badan pesawat.

Bercakap tentang kotak hitam, BHN ingin berkongsi mengenai tragedi pesawat Adam Air KI574 jenis Boeing 737-400.

Pada 1 Januari 2007, pesawat yang membawa 102 penumpang dari Bandung ke Manado itu tiba-tiba hilang dari radar tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan, dipercayai telah terhempas di Selat Majene, Sulawesi.

Kira-kira sebulan selepas itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan berikutan tiada sebarang petunjuk serpihan bangkai pesawat dan tragedi itu kemudiannya telah dilupakan oleh rakyat republik itu.

Bagaimanapun, tujuh bulan selepas itu, dua kotak hitam pesawat yang merakamkan data penerbangan dan perbualan juruterbang dalam kokpit berjaya ditemui.

Setelah sembilan bulan analisis dibuat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS), ia merumuskan juruterbang telah mematikan alat pemanduan automatik bagi membaiki Sistem Rujukan Inersia (IRS).

Anda dengar sendiri, bagaimana cemasnya situasi di kokpit ketika itu.
Menyedari yang hanya kuasa Allah sahaja yang mampu mengubah situasi penuh kelam-kabut itu, juruterbang menjerit ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR beberapa kali.

Tidak beberapa minit selepas itu, semuanya tinggal sejarah.
Sehingga kini kesemua penumpang dan anak kapal terus tidak dapat dikesan walaupun sudah tujuh tahun ia berlalu.

Mungkinkah ia berulang dalam insiden MH370? Nauzubillah….kepada Allah kita berserah.

Post a Comment Disqus

 
Top