ADUHAI… ada saja kontroversi yang melanda tudung jenama Fareeda yang sememangnya cukup ‘hot’ di pasaran.
Terbaru, status kecewa seorang wanita yang juga peminat tegar Fareeda kini sedang hangat dikongsikan di laman Facebook.
Marah sungguh akak ni!
Selepas diteliti komen-komen yang diterima, rupa-rupanya ia berpunca akibat ketiadaan stok seperti yang dijanjikan selepas dia dan pelanggan lain beratur panjang menunggu.
Sebenarnya, bab kurang stok ini bukanlah sesuatu yang pelik terutamanya jika dilihat pada perniagaan tudung atau busana secara online.
Kadang-kadang baru letak gambar baru, sudah ‘sold out’.
Kalau setakat stok sehelai dua, baik tak payah iklankan kepada umum. Jual saja pada kawan terdekat, habis cerita!
Sumber : http://cincinbelahrotanku.blogspot.com/
Post a Comment Facebook Disqus