Pastinya, peminat ‘histeria’ dan teruja dengan kedatangan penyanyi yang terkenal dengan imej berambut kerinting perang ini.
Kedatangan Swift yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia adalah untuk mempromosikan album terbaharunya, Red selain menghiburkan pengunjung konsert dengan barisan lagu hitsnya seperti Love Story, 22, Mean dan You Belong With Me.
Yang menariknya, Swift turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dalam Bahasa Malaysia sebagai menghargai peminatnya selain menghadiahkan seorang peminat bertuah dengan topi yang dipakainya semasa membuat persembahan semalam.
Sumber - MYNEWSHUB.MY
Post a Comment Facebook Disqus