0

Pihak Suruhanjaya Pedagangan Persekutuan US (FTC) telah mengeluarkan satu makluman bahawa pihak mereka telah mengeluarkan denda kepada seorang usahawan affiliate , Jason Cruz sebanyak $185,000 diatas kesalahannya menghantar mesej spam kepada berjuta orang menerusi telefon secara rawak. Mesej spam yang tidak diundang itu mengandungi iklan yang menawarkan kad hadiah serta barangan elektronik secara “Percuma”.
Jason Cruz telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak FTC namun mengakui tidak mampu untuk membayar denda sebanyak $185,000 tersebut. Disebabkan itu, pihak FTC telah  mengurangkan denda tersebut dan pihak Jason Cruz perlu membayar denda sebanyak $10,000.


walmart-txt-scam-1Antara mesej yang selalu digunakan oleh Jason Cruz adalah seperti..

“Anda telah terpilih untuk memenangi Hadiah Percuma Bernilai $1,000 dari Walmart, masukkan code “FREE” di [alamat website] untuk menuntut hadiah anda. Hanya tinggal 161 sahaja lagi!”

Pengguna yang tertipu kemudiannya akan dibawa ke website yang akan meminta maklumat peribadi mereka dan diminta untuk mendaftar kepada beberapa tawaran percubaan yang berisiko untuk melayakkan mereka mendapatkan hadiah “percuma” tersebut. Kebanyakan “tawaran percubaan” (trial offer) tersebut akan mengenakan sedikit bayaran ataupun secara tidak sedar akan mengenakan bayaran berulang secara bulanan pada kad kredit pengguna.


Cruz telah diarahkan  untuk memusnahkan semua maklumat pengguna yang telah beliau perolehi sepanjang penipuan tersebut, serta diminta memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana siasatan dari pihak FTC di masa hadapan.
Beliau juga telah dilarang untuk menghantar atau membantu orang lain menghantar mesej teks yang tidak diminta kepada pengguna lagi.

Sumber : FTC

Post a Comment Disqus

 
Top