Kombinasi asas pelanggan China Mobile sebanyak 760 juta dan rancangannya melancarkan rangkaian 4G terbesar di dunia diunjur menjanjikan pakatan perniagaan menguntungkan.
China Mobile menjual iPhone 5s pada harga sama seperti pesaing China Unicom, manakala di kedai rasmi Apple, telefon pintar itu untuk kedua-dua rangkaian ditawarkan pada harga sama.
Di cawangan China Mobile di Shanghai, penuntut universiti Jiang Yong mengambil iPhone 5s berwarna perak yang ditempahnya.
“Harga kelihatan agak tinggi pada mulanya tetapi ia adalah iPhone paling canggih setakat ini, siap dilengkapi rangkaian data terkini, yang mana produk ditawarkan ini cukup menarik,” katanya.
Di Nanjing, lebih 200 berbaris lebih 40 meter di pejabat China Mobile seawal pagi, semata-mata untuk membeli iPhone, demikian menurut catatan di sebuah blog.
Sungguhpun penganalisis menyaksikan China Mobile meraih pelanggan baru dan Apple pula menambah perkongsian pasaran di China, mereka memberi amaran Apple sedang menjejaki Samsung dan pesaing tempatan yang menawarkan telefon pada harga lebih murah.
Samsung menguasai lebih 18 peratus perkongsian pasaran telefon pintar China setakat suku ketiga 2013, demikian menurut Analysys International, manakala Apple berada di tangga kelapan dengan 3.5 peratus perkongsian pasaran.
Bagaimanapun, Apple tidak boleh mengetepikan negara paling padat p enduduk itu, yang mana Ketua Eksekutifnya, Tim Cook, mengunjurkan negara itu bakal melangkaui AS untuk muncul pasaran terbesarnya pada masa depan.
IPhone dijual di China oleh dua lagi syarikat telekomunikasi utama, 10 kedai Apple di tanah besar China dan kedai dalam talian Taobao Mall dikendalikan Alibaba Group.
“China Mobile dan Apple akhirnya bergandingan selepas lebih enam tahun berunding,” kata Pengerusi China Mobile, Xi Guohua, di Beijing.
“Perkongsian ini membenarkan kami membawa iPhone ke tahap lebih tinggi di China, menggabungkannya dengan rangkaian terpantas,” kata Cook.
Post a Comment Facebook Disqus