0

   Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua Dungun, jam 3.20 petang Isnin lalu.


2
Mayat mangsa yang diakatakan berusia 2 tahun ditemui mati dibunuh dengan kejam


 
Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Sumber - Hmetro

Post a Comment Disqus

 
Top