- Aishah dan suaminya menunjukkan risalah yang mengandungi barangan dijual Sara.
Warga emas, Aishah Parun, 71, berkata, dia mengenali Sara, 30an, seorang agen jualan langsung sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, Sara sering singgah ke rumahnya untuk makan dan berehat bersama tiga atau empat rakannya.
"Dia ada beberapa kali menyuruh makcik membeli barang daripadanya, tetapi makcik akan menolak. Namun, satu hari makcik seolah-olah dipukau, makcik beli alat mengurut kaki dan
penapis air dengan harga RM4,300.
"Kemudian dia minta lagi wang tambahan sebanyak RM7,000 sebagai bayaran insurans dua barangan berkenaan,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kangkar Bahru, semalam.
Aishah berkata, Sara juga memberitahu bahawa RM7,000 itu akan menjadi RM100,000 apabila sampai tempoh matang, dan akan menghubunginya ketika itu.
Katanya, setelah Sara keluar dari rumah, dia ditegur anak dan tersedar telah memberikan wang yang dikumpul untuk menunaikan haji bersama suami, Sahib Nawawi, 79, kepada Sara.
“Makcik ceritakan kepada anak dan menantu, dan mereka terus menghubungi Sara berdasarkan nombor telefon yang ditinggalkan kepada makcik.
"Hanya dua kali sahaja Sara berjaya dihubungi, selepas itu sehingga sekarang dia gagal dihubungi,” katanya.
Menurutnya, dia berharap kejadian berlaku kepada dirinya dijadikan pengajaran dan jangan mudah percaya individu baru dikenali.
Post a Comment Facebook Disqus