0
Hisyam Hamid kini sedang meningkat naik kepopularitiannya menerusi watak Harith di dalam drama Ariana Rose. Orangnya memang kacak, mempunyai senyuman yang memikat dan pandangan yang mampu mencairkan hati para gadis. Namun sekiranya anda berniat ingin menjadikan Hisyam sebagai kekasih hati, lupakanlah hasrat tersebut. Hisyam Hamid sudah pun berkahwin dan bahagia di samping isteri dan 2 orang anaknya.
biodata hisyam hamid
Abang Nara respek dengan Hisyam Hamid yang tanpa berselindung dan segan silu mengakui status perkahwinannya itu. Kalau artis lain kadang-kadang ada yang nak sorokkan. Konon takut populariti jatuh. Berasal dari Singapura, Rosmawati Hanafi telah menjadi bunga di hati Hisyam sejak 8 tahun yang lalu. Kata Hisyam kepada Harian Metro:-
Saya tak pernah nak sembunyi apa-apa mengenai status perkahwinan. Benda itu tak betul. Sejak kahwin 8 tahun lalu, saya cukup terbuka mengenai status saya.
Jauh sekali menafikan atau menyorok saya sudah ada isteri dan 2 anak. Tak baik, kecil hati isteri kalau saya buat begitu.
Mungkin ramai lagi tak begitu kenal latar belakang saya, tapi untuk kata saya sorok status, itu tak betul. Peminat yang mengikuti kerjaya saya tahu siapa isteri dan anak saya.
Malah kalau ada yang bertanya pun, saya tak keberatan mengaku saya sudah berkahwin.
biodata hisyam hamid

Comel-comel sungguh anak Hisyam Hamid ini. Semoga masjid yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga rezeki Hisyam juga semakin murah dalam bidang lakonan. Buat peminat pelakon ini, anda bolehlah Cari Facebook HisyamHamid FanClub. Lagi beberapa gambar pelakon kacak ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

Post a Comment Disqus

 
Top