0

Tidak dinafikan, memikul tanggungjawab sebagai penguatkuasa memerlukan pengorbanan yang begitu besar. Bahkan di mana-mana negara juga serupa. Di Malaysia, Polis Diraja Malaysia juga tidak terkecuali.
Telah banyak persepsi negatif dilemparkan kepada PDRM di negara ini. Dan yang terbaru ialah gambar menunjukkan Polis yang sedang bertugas mabuk minum arak. Malah senjata polis itu turut dibiarkan begitu sahaja. Banyak FB page yang menyebarkan gambar ini tanpa menyelidik mana-mana sumber. Contohnya seperti page di bawah:

Pada mulanya, admin sendiri seperti tidak percaya akan gambar tersebut. Namun, beberapa komen di bawah gambar itu sedikit sebanyak menjernihkan keadaan sebenar.

Memang benar polis yang memegang botol arak dan membiarkan senjata di dalam kereta peronda itu.
Tetapi, menurut komen daripada En Nordin Mansor menjelaskan kejadian itu sebenarnya adalah satu lakonan peserta kursus polis bagi situasi kesalahan semasa bekerja.
Nampaknya, hanya dengan beberapa keping gambar dapat mencalarkan nama PDRM. Itulah hebatnya media sosial ketika ini, persepsi diwujudkan walaupun gambar tidak menjelaskan situasi sebenar.
Semoga pihak polis mengambil tindakan kepada golongan yang menyebarkan gambar ini kerana ia jelas satu Fitnah kepada badan penguatkuasa itu!

Post a Comment Disqus

 
Top