0
Rafizi Ramli

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bercakap pada sidang media mengenai kenaikan gaji perlu jika GST dilaksanakan kerajaan jangan berboros siapsedia GST & Kementerian Pertahanan teruskan kontrak kepada Awan Megah tanpa Bon Tanah di Ibu Pejabat PKR pada hari ini. - SINAR HARIAN/Zulfadhli Zaki



PETALING JAYA - Tindakan beberapa ahli PKR membakar bendera Jepun di kedutaan negara tersebut baru-baru ini dianggap tidak wajar.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berpandangan, rakyat Malaysia perlu menjaga adab dalam apa jua keadaan.

Jelas Rafizi yang juga merupakan Pengarah Strategik PKR, dalam melahirkan bantahan ataupun pendapat, kita perlu mengawal perasaan bagi mengelak dilihat sebagai tidak  bertindak diluar kewarasan akal fikiran.

"Dalam kes itu (bakar 'bendera' Jepun) saya rasa ada beberapa orang yang hilang kawalan...oleh itu pengajaran yang dapat kita ambil selepas ini ialah dalam kita melahirkan bantahan atau pendapat sesuatu kita tidak boleh keluar daripada linkungan adab.

"...dan tindakan itu tidak bertepatan dan bersesuaian jadi bagi saya tindakan sehingga membakar 'bendera' Jepun tersebut adalah sebagai tidak wajar," katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat Faham GST Tolak GST di auditorium MBPJ, semalam.

Baru-baru ini, bebarapa ahli PKR bertindak membakar bendera Jepun kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan Jepun menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki negara itu.

Namun, tindakan tersebut mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan menganggap tindakan tersebut keterlaluan.




Post a Comment Disqus

 
Top