0


                 Kangar: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui seorang pegawai tentera di dalam tandas Masjid Alwi di sini, awal pagi semalam. 

Ketika ditemui kira-kira jam 6.50 pagi, mayat bayi itu cukup sifat ditinggalkan di atas lantai tandas terbabit dalam keadaan bogel. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penemuan bayi itu jam 7 pagi daripada seorang jemaah masjid. 



Dilahirkan di tempat lain 

Beliau berkata, polis percaya bayi berkenaan dilahirkan di tempat lain dan dibersihkan sebelum ditinggalkan di situ. 

Mayat bayi terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk bedah siasat. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Post a Comment Disqus

 
Top