Dakwaan pilihan raya musim haji gimik politik
KUALA LUMPUR: Dakwaan PAS bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, akan mengadakan pilihan raya ketika umat Islam menunaikan ibadat
haji adalah gimik politik menunjukkan kononnya kerajaan tidak prihatin
dengan ibadat umat Islam.
Malah, dakwaan itu juga dilihat hanya
gimik politik pembangkang khususnya PAS untuk menakut-nakutkan rakyat
dengan sentimen agama yang cukup sensitif.
Ini untuk menunjukkan kepada penyokong mereka seolah-olah kerajaan
ketika ini terlalu takut dengan kekuatan pembangkang hingga terpaksa
mengadakan pilihan raya umum ketika musim haji. - Prof Dr Samsul Adabi
Mamat, Penganalisis politik
“Dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka
pilihan raya berlangsung ketika musim haji sekadar menakutkan pengundi
saja.“Ini untuk menunjukkan kepada penyokong mereka seolah-olah kerajaan ketika ini terlalu takut dengan kekuatan pembangkang hingga terpaksa mengadakan pilihan raya umum ketika musim haji,” katanya ketika dihubungi semalam.
Abdul Hadi dalam kenyataan kepada pemberita di Alor Setar kelmarin berkata, Perdana Menteri dijangka mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).
Tindakan itu didakwa berikutan banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu dan UMNO sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata kenyataan PAS itu dilihat sudah terlalu terdesak dan dibuat bagi menimbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan penyokong mereka.
Katanya, tarikh pilihan raya masih lagi rahsia dan hanya Perdana Menteri tahu bila diadakan dan adalah mustahil beliau mengadakan pilihan raya pada waktu itu kerana tindakannya itu hanya akan mendapat kecaman kerana mengetepikan hak pengundi lain.
“Pembangkang sengaja memperlihatkan kononnya kerajaan BN seolah-olah tidak peduli dan tidak mengambil berat soal itu, malah seolah-olah hanya orang PAS saja mengerjakan haji dan orang parti lain tidak berbuat demikian.
“Kenyataan Hadi sengaja mencetuskan sentimen yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam yang mungkin tidak dapat mengundi kerana menunaikan haji,” katanya
sumber from :- b.harian
Post a Comment Facebook Disqus