Majlis Bandaraya Tasikmalaya sedang merangka peraturan yang dikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Kecil Nilai Hidup Masyarakat Berlandaskan Islam yang diluluskan pada 2009, dan dijangka selesai bulan ini.
Beliau berkata, ordinan Tasikmalaya bagaimanapun berbeza daripada undang-undang Syariah di Aceh kerana hukuman akan diputuskan oleh sistem mahkamah sedia ada dan tiada hukuman sebat seperti di Aceh.
"Undang-undang kecil ini bertujuan mendidik orang ramai supaya hidup dengan tatacara Islam," katanya.
Ordinan itu yang diluluskan Datuk Bandar Tasikmalaya Syarif Hidayat pada 24 September 2009, digubal susulan kebimbangan penduduk setempat berhubung kesan globalisasi yang boleh memudaratkan mereka.
Ordinan itu juga menyenaraikan 15 kesalahan tambahan termasuk rasuah, pelacuran, zina, homoseksual, penyalahgunaan dan pengedaran dadah, minum arak, pornografi, kegiatan samseng, menyebarkan kultus dan pengguguran janin.
Speaker Majlis Bandaraya Tasikmalaya, Ruhimat, berkata peraturan itu digubal bukan kerana desakan pertubuhan Islam tetapi berdasarkan 99 peratus penduduk Tasikmalaya adalah Islam.
Ruhimat, bagaimanapun, percaya polis khas syariah tidak perlu ditubuhkan untuk menguatkuasakan ordinan itu kerana polis nasional berupaya menanganinya. - BERNAMA
Post a Comment Facebook Disqus