KLUANG: Orang ramai boleh menonton visual perhimpunan BERSIH 3.0 di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai Rabu ini.
Menterinya,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata rakaman visual itu sudah siap
dan akan dimuat naik ke laman web kementerian untuk dinilai sendiri
orang ramai.
“Niat kita supaya masyarakat dapat membuat penilaian serta rumusan dalam perspektif lebih luas.
Sekiranya apa yang kita siarkan bukan fakta, saya alu-alukan pihak
berkenaan saman KDN. Kita mahu kebenaran dan pembelaan bukan saja kepada
pihak yang berhimpun, malah untuk polis dan media. - Datuk Seri
Hishammuddin Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN)
“Sekarang kita terbuka mahu rakyat membuat rumusan berdasarkan fakta dan
bukan pertimbangan sempit yang menjurus kepada perhitungan tertentu,”
katanya selepas melancarkan buku Antara Kasih dan Naungan: Program Dian
Desa Perkampungan Orang Asli Parlimen Sembrong di Sekolah Rendah Ladang
Mutiara, Kahang dekat sini, semalam.
Ditanya sama ada
kementeriannya bersedia berdepan pihak yang akan mempertikai kesahihan
video itu, Hishammuddin berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan.
“Sekiranya apa yang kita siarkan bukan fakta, saya alu-alukan
pihak berkenaan saman KDN. Kita mahu kebenaran dan pembelaan bukan saja
kepada pihak yang berhimpun, malah untuk polis dan media,” katanya.
Sumber from ; bharian
Post a Comment Facebook Disqus