Katanya, ia bagi meminimumkan bilangan projek sakit dan antara tindakan yang diambil termasuk menamatkan kontrak atau membuat penyenaraian hitam terhadap kontraktor yang gagal memenuhi syarat yang dipersetujui.
"Sungguhpun angka ini nampak kecil tetapi kita masih belum boleh merasa lega dengan perkara itu," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia 2012 di sini hari ini.
Seramai 400 pegawai yang terdiri daripada pengarah cawangan dan negeri, jurutera daerah dan pegawai kader dari seluruh negara hadir pada mesyuarat selama tiga hari itu bermula hari ini.
Hadir sama pada majlis perasmian itu adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Nasir Mat Dam dan Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Mohd Noor Yaacob.
Shaziman berkata, daripada 3,542 projek yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian itu di bawah RMK-10, sebanyak 1,161 adalah projek sambungan yang tidak dapat disiapkan di bawah RMK-9, manakala 2,381 adalah projek baru yang diluluskan dan dilaksanakan.
"Sehingga kini, sebanyak 824 projek sambungan dapat disiapkan, 311 projek masih lagi dalam peringkat pembinaan manakala 26 lagi masih dalam prapembinaan," katanya.
Beliau berkata, bagi projek baru pula, 1,724 disiapkan, 187 masih dalam pembinaan dan 470 projek dalam prapembinaan. - BERNAMA
sumber from ; bharian
Post a Comment Facebook Disqus