Rodziah Abdul, setiausaha baru SUHAKAM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
menghentikan amalan meminjam pegawai kanan Pegawai Tadbir Diplomatik
(PTD) sebagai setiausaha apabila melantik Rodziah Abdul ke jawatan itu
berkuat kuasa 1 Jun.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Rodziah dilantik bagi tempoh lima tahun.
"Suhakam juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana meminjamkan tiga pegawai berkenaan sejak ditubuhkan pada 2000," katanya. - BERNAMA
Sumber From : bharian
Post a Comment Facebook Disqus