Malah ketika membantu pasukannya mengikat Malaysia 0-0 sama Jumaat lalu, Stephan berpendapat skuad negara hanya beraksi di bawah keupayaan sebenar.
Keputusan 0-0 yang dicatatkan dalam persahabatan di Stadium Shah Alam Jumaat lalu itu adalah keputusan seri kedua tahun ini selepas turut terikat 1-1 pada persahabatan pertama di Manila Februari lalu.
“Ini baru skuad bayangan mereka tapi jelas kami masih sukar untuk bergerak masuk setiap kali mengatur serangan. Ini satu petanda baik untuk pasukan mereka,” katanya.
Selepas kejayaan mengikat Harimau Malaya, Stephan masih memasang impian untuk terus membawa lebih banyak keputusan positif buat pasukannya.
“Kami sudah mencuba sedaya upaya tapi ternyata kami masih ada kekurangan. Untuk menjadi lebih baik, kami perlu terus bekerja keras pada masa akan datang,” katanya.
sumber from ; bharian
Post a Comment Facebook Disqus