Barisan 24 pemain kebangsaan kecuali Wan Zack Haikal Wan Nor yang cedera hamstring dilihat menampilkan kesungguhan, semangat dan keceriaan sepanjang dua jam sesi latihan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.
“Tapi kita masih dapat beraksi baik di Stadium Jalan Besar biarpun akhirnya dikecewakan pengadil yang sampai ke hari ini saya masih hairan kenapa dia beri sepakan percuma dalam kotak penalti. Jadi saya yakin kita boleh menang (esok),” kata Rajagobal ketika ditemui selepas sesi latihan.
Terdahulu sebelah pagi, barisan pemain kebangsaan meluangkan masa dua jam beramah mesra dengan penyokong Harimau Malaya sempena Karnival Street Soccer Belia DUN Taman Templer di Selayang.
Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal yang juga ADUN Taman Templer berkata: “Pengkritik silap jika mengatakan prestasi kita makin merosot. Kita sudah beri nafas baru kepada bola sepak negara dan kini pada prestasi terbaik untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF, November depan.”
from; bharian
Post a Comment Facebook Disqus