6 Foto: Luahan Sharifah Sakinah Digelar 'Karipap Panas' Di Instagram
Baru-baru ni beliau meng-upload beberapa gambar terkininya yang sedang bersenam dan bersukan melalui akaun Instagramnya. Jom layan dan baca selanjutnya...
PELAKON Sharifah Sakinah ni memang gemarkan kegiatan kecergasan dan senaman.
Memetik portal GUA,
untuk tujuan itu, pengurusnya mewujudkan satu laman Instagram khas bagi
aktiviti ini. Setiap kali Sakinah ingin melakukan aktiviti kecergasan,
hebahan dibuat melalui akaun Instagram tersebut.
“Akaun Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut, @fitnessakinah
mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun
tersebut mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin
bertambah,” ujarnya.
Tapi yang tak sedapnya, banyak pihak, lelaki dan perempuan,
menyindir pelakon itu setiap kali dia memuat naik fotonya yang
berpakaian sukan.
Ada yang ‘geram, malah ada yang menggelarnya KARIPAP PANAS!
SEMENTARA itu
ketika diminta mengulas mengenai pandangan negatif sesetengah orang
apabila Sakinah memuat naik gambar dirinya berpakaian sukan yang
dianggap seksi oleh sesetengah pihak, gadis berusia 25 tahun ini ada jawapannya tersendiri.
“Orang salah anggap. Orang yang mengikuti saya di laman sosial ramai,
jadi banyak juga pendapat yang diberikan. Saya hormati semua pendapat
mereka, ada yang bertelagah sesama sendiri dalam ruangan komen, tapi
saya tidak pernah masuk campur. Jika mereka memberikan maklum balas
positif, saya berterima kasih. Kalau mereka komen berbentuk nasihat pun,
saya berterima kasih juga.
“Apa yang saya boleh cakap, saya jadi diri saya sendiri. Kalau orang
ambil perkara itu sebagai positif, jadi positiflah perkara tersebut.
Kalau orang ambil perkara itu sebagai negatif, jadi perkara itu akan
menjadi negatif.
” Apapun, saya rasa terharu dan tersentuh hati apabila melihatkan
kegigihan sesetengah pihak yang menyertai aktiviti yang saya jalankan
untuk merubah diri mereka. Malahan ada yang kini sudah menampakkan
perubahan. Apa yang penting, saya kena ambil positif perkara ini,” tutur
Sakinah.
Syasya pun tak kisah apa orang nak kata kat Syasya jika saya rasa
perbuatan tu betul. Janji Syasya tak menyusahkan orang lain. Apapun,
Syasya respek dengan Sharifah ni pasal bersenam. Memang rajin.
Post a Comment Facebook Disqus