0
Seorang anggota Cawangan Khas PDRM ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Mangsa yang berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun dab belum berkahwin dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.




Mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur





Polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah motosikal, sebuah topi keledar dan jaket.

"Kita masih menyiasat sama ada mangsa membawa senjata kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian," katanya dipetik Astro Awani.

Motif pembunuhan masih disiasat. Mayat mangsa juga telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Post a Comment Disqus

 
Top