KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dipercayai
dari Cawangan Khas Bukit Aman ditemui mati terbaring selepas ditembak di
kepala di tepi jalan di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di
sini, sebentar tadi.
Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang melalui jalan berkenaan
yang kemudian melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut, kira-kira
jam 4.30 petang.
Pemeriksaan lanjut menemui mangsa berusia 37 tahun terbaring berdekatan sebuah motosikal dengan dua kesan kecederaan di kepala.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairy Ahrasa ketika ditemui berkata, siasatan menyeluruh bagaimanapun masih sedang dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LANS Koperal polis ditemui mati terbaring selepas ditembak di kepala Bukit Persekutuan.
Menurut beliau, pihaknya turut menemui dua kelongsong peluru di sekitar lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
sumber: hmetro
Post a Comment Facebook Disqus