Ketahui Pokok Paling Beracun Di Dunia
Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga diberi amaran untuk jarak dengan pokok itu. Buahnya mirip epal kecil, tapi hanya dengan menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU. Tidak hairanlah buah itu dinamakan manzanita de la muerte aatau buah kematian oleh Christopher Columbus.
Nicola H Strickland, perunding radiologi, pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis. "Lama-lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas," tuturnya. Kesannya berlangsung selama 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan memerlukan 8 jam untuk reda kembali ke normal.
Tidak hanya buah, getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet, dermatitis, bengkak atau luka bakar. Banyak pengembara yang mengalaminya semasa berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya. Getah dari batang yang dibawa dari titisan hujan pun juga menyebabkan luka.
Manchineel berwana hijau terang, daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap. Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas, Florida dan Caribbean. Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan buta sementara sehingga kekal.
Post a Comment Facebook Disqus