- Mohd Shukry menunjukkan wajah lelaki yang pernah memukaunya kini mula tersebar di laman Facebook.
BALIK PULAU - Seorang pemuda terkejut apabila mendapati seorang lelaki
yang memukaunya sehingga RM2,000 miliknya lesap masih bergiat aktif di
sekitar beberapa negeri, di sini.
Mohamad Shukry Ramli, 27, berkata, kejadian itu berlaku pada 2009 ketika dia masih lagi bergelar pelajar di sebuah politeknik di Kedah.
“Sudah hampir enam tahun berlalu, namun ketika membuka laman Facebook baru-baru ini, saya ternampak wajah lelaki berkenaan dikongsi rakan yang memberi amaran bahawa lelaki itu kini bergiat aktif menipu mangsa-mangsa lain.
“Paling bahaya apabila lelaki berusia 52 tahun itu menggunakan ilmu pukaunya untuk mendapatkan bantuan daripada orang yang menjadi mangsanya,” katanya.
Mohd Shukry yang juga Pegawai Pusat Falak di Pantai Acheh Balik Pulau itu memberitahu dia menemui lelaki berkenaan yang secara tiba-tiba datang ke rumah sewanya.
“Dia menceritakan kisahnya yang ditipu anak saudaranya dan lebih kasihan apabila dia membawa anaknya bersama untuk menambahkan lagi rasa kasihan. Kemudiannya secara tiba-tiba dia membawa saya ke tengah padang berhampiran rumah saya.
“Pada ketika itulah lelaki berkenaan sambil bercakap memegang kepala dan tangan saya, sehinggalah saya menyerahkannya RM500, sedangkan pada masa itu saya hanya pelajar dan bukannya mempunyai wang yang cukup, tapi tetap berikan kepadanya,” katanya.
Kemudiannya keesokan harinya, lelaki yang sama masih mencarinya dan meminta lagi wang atas dasar simpati.
Mohd Shukry pada masa itu ibarat lupa diri dan menghubungi rakannya untuk meminjam wang semata-mata untuk diberikan kepada lelaki yang tidak dikenalinya.
“Saya sanggup memberikan pakcik ituRM1,500 begitu sahaja sehinggalah pada malam berkenaan, saya seperti tersedar dan bercakap dengan diri sendiri kenapa saya berikan RM2,000 kepada dia,” katanya.
Setelah enam tahun berlalu, Mohd Shukry terkejut apabila mendapati lelaki yang sama masih ada dan menggunakan taktik yang sama.
“Saya ketengahkan perkara ini kepada orang ramai supaya tiada mangsa lain yang menjadi mangsa kepada lelaki tersebut, sebaiknya sentiasa berjaga-jaga,” katanya kepada Sinar Harian.

Post a Comment Facebook Disqus