0
Kota Kinabalu: Linangan air mata mengakhiri episod bekas pengurus restoran yang akhirnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol ‘isterinya’ yang berusia 12 tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh Riduan Masmud, 41, yang hadir dengan memakai kemeja-T dan seluar jean gelap dilihat menitiskan air mata di kandang tertuduh selepas Hakim Ummu Khaltom Abd Samad menilai segala hujahan bertulis pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum menjatuhkan hukuman.
Dalam penghakimannya, Ummu Khaltom berkata, hukuman dijatuhkan itu sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan alasan perkahwinan untuk melepaskan diri selepas melakukan kesalahan rogol.

“Tertuduh sebagai individu dewasa boleh berfikiran waras dan matang sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap mangsa yang juga kanak-kanak dengan usia 12 tahun enam bulan.
Foto
RIDUAN memeluk anak dan isterinya selepas dijatuhkan hukuman penjara, semalam.

“Malah, perbuatan tertuduh meninggalkan kesan terhadap mangsa dari segi tekanan perasaan dan emosi,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Post a Comment Disqus

 
Top