0
Badan bertambah sasa, hidung bertambah mancung. Ajai mengakui memancungkan hidungnya dengan kos RM28 000. Katanya masalah sinus sehingga terpaksa memancungkan hidungnya.

"Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.

"Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.




"Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang", katanya dipetik akhbar Kosmo.





Altenatif lain tak membuahkan hasil sehingga terpaksa membuat pembedahan kerana gegendang telinganya sudah rosak dan sinusnya banyak tersumbat di batang hidung.

Katanya belaiu tidak kisah akan pandangan masyarakat, asalkan dirinya boleh bernafas dan mendengar dengan selesa.

"Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini", katanya lagi.

Sumber

Post a Comment Disqus

 
Top