0
DUNGUN: Teman lelaki kepada ibu kanak-kanak dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Paka, Dungun, bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, petang ini.
Tertuduh, Sofian Hadie Mohd Nor, 35, berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera dan mengabaikan Nursyafiqah Adawiyah Abdullah sehingga menyebabkan kematian dan Peraturan 25(1)(N)Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak memiliki kad pengenalan ketika ditahan di hadapan Pejabat LKIM Dungun pada 22 Januari lalu.
Tertuduh yang terbabit dengan dadah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Husain Bustari.

Di mahkamah sama, ibu kanak-kanak itu, Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, turut didakwa atas pertuduhan membuat laporan polis palsu mengenai kehilangan anaknya itu mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.
Foto
TRTUDUH Sofian Hadie Mohd Nor, 35 diiringi anggota polis. FOTO Tg Syamim Tg Ismail

Dia yang tidak bekerja dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Post a Comment Disqus

 
Top