Jertih: Gara-gara ingin membersih sisa makanan di celah gigi menggunakan
jarum peniti, seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Payong, Hulu Besut, dekat sini, menerima padah apabila dia
tertelan jarum berkenaan, kelmarin.
Mangsa, Mohd Alif Aiman Mohd Zulkifli, 14, kemudian terpaksa dikejarkan
ke Hospital Besut oleh guru sekolah terbabit selepas tiba-tiba tidak
dapat bercakap dan tiada suara.
Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku ketika Mohd Alif Aiman
bersama seorang lagi rakan sekelas sedang berehat selepas menikmati
makan tengah hari.
Sebelum itu, Mohd Alif dari Kampung Belaoh, Hulu Besut, dekat sini, meminta sebatang jarum peniti daripada rakannya untuk mencungkil sisa makanan yang terlekat di celah gigi.
Sebelum itu, Mohd Alif dari Kampung Belaoh, Hulu Besut, dekat sini, meminta sebatang jarum peniti daripada rakannya untuk mencungkil sisa makanan yang terlekat di celah gigi.
Mangsa, Mohd Alif Aiman Mohd
Zulkifli,14, pelajar tahun dua kemudian terpaksa dikejarkan ke Hospital
Besut (HB) oleh guru sekolah selepas tertelan jarum. FOTO Mohamad Ishak
"Secara tidak sengaja ketika mencungkil di celah gigi, saya bercakap kuat dengan rakan lalu tertelan jarum peniti.
"Ketika itu saya tidak dapat bercakap serta mengeluarkan suara dan rakan yang melihat insiden itu segera memaklumkan guru yang kemudiannya membawa saya ke hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini, semalam.
Post a Comment Facebook Disqus