0
teraju-skim-usahawan
Alhamdulillah, aku sempat baca paper Utusan pagi tadi mengenai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau dikenali sebagai Superb. Daripada pembacaan aku, memang berbaloi untuk para usahawan mengambil peluang ni. Korang nak info lanjut, sila ke web TERAJU : http://www.teraju.gov.my/
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) yang menyediakan geran sehingga RM500,000 akan membuka permohonan penyertaannya bermula 2 Februari ini.
Berita lanjut , korang boleh baca bawah ni.. aku paste dari web Utusan  :
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) yang menyediakan geran sehingga RM500,000 akan membuka permohonan penyertaannya bermula 2 Februari ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyokong idea perniagaan yang kreatif serta inovatif dan menyediakan dana sebanyak RM100 juta untuk tempoh tiga tahun bagi program itu.
“Selain membantu syarikat-syarikat maju dan kukuh untuk berkembang, kerajaan juga menyedari bahawa ramai anak-anak muda yang mempunyai idea kreatif dan inovatif tetapi menghadapi cabaran untuk membangunkan idea tersebut dalam bentuk perniagaan,” katanya dalam kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Putrajaya di sini hari ini.
Jelasnya, usahawan-usahawan muda yang layak untuk program Superb akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Post a Comment Disqus

 
Top