Kota Bharu: Kemaruk nak berkahwin lain, seorang lelaki berubah sikap
menjadi pembengis dan tergamak memukul serta mencucuh isteri sedang
hamil dengan bara rokok, selain hampir memijak anak yang baru
dilahirkan.
Lebih memilukan, tanpa menghiraukan isterinya yang masih dalam pantang
selepas melahirkan anak kelima, suami berusia 43 tahun itu berkahwin
satu lagi dengan kekasih baru berusia 40-an.
Isteri malang itu yang mahu dikenali sebagai Aini, 42, berkata di
sebalik pelbagai penderitaan dialaminya, dia pasrah dan reda kerana
percaya suaminya bertindak sedemikian di luar sedar.
“Ada ‘unsur’ lain yang menyebabkan dia bersikap begitu, maksudnya saya percaya dia menjadi mangsa buatan orang. Ini kerana dia sebenarnya seorang yang amat penyayang dan tidak pernah mengasari saya.
“Ada ‘unsur’ lain yang menyebabkan dia bersikap begitu, maksudnya saya percaya dia menjadi mangsa buatan orang. Ini kerana dia sebenarnya seorang yang amat penyayang dan tidak pernah mengasari saya.
“Pada mulanya saya sendiri tertanya-tanya kenapa suami jadi begitu, tapi bila dia berkahwin lain dengan wanita itu ketika saya masih dalam pantang, saya semakin yakin itulah puncanya” katanya.
Post a Comment Facebook Disqus