Wanita kini
menetap di Johor Bahru, Johor, 'Nani', 32 tahun, wajar berasa lega
kerana tidak ditipu oleh penjenayah terbabit dalam parcel scam. Nani menghubungi saya melalui emel dan berkongsi sebahagian daripada kisah hampir memperdayakan dirinya.
Lelaki dikenalinya melalui laman sosial Twoo.com, Webb Beckham Donald mendakwa pernah menetap di Manchester, England.
Lihat profil palsu Webb, dicatatkannya, 'was in Machester'
dan kononnya bertugas sebagai jurutera. Berdasarkan pengalaman, saya
percaya, dia lelaki Nigeria menetap di negara kita.
Seperti
dijangka, penjenayah komersil itu memberitahu Nani, dia telah menghantar
bungkusan mengandungi pelbagai barangan berharga seperti wang tunai dan
barang kemas. Kata Webb, bungkusan itu sepatutnya sampai di syarikat
penghantar bungkusan pada 6 atau 7 Februari lalu.
Rujuk informasi di atas.
Apakah bakal berlaku sekiranya Nani terus melayan kehendak Webb?
Jika difikirkan
secara logik, bungkusan samada dari luar atau dalam negara akan terus
dihantar ke rumah penerima. Mengapakah dalam kes ini, bungkusan perlu
disimpan oleh syarikat penghantar?
Jawabannya mudah.
Itu antara modus operandi untuk mereka menipu dan mengikis wang bakal mangsa.
Jika Nani
mengesahkan bungkusan itu berada dalam simpanan syarikat penghantar
bungkusan kepada Webb, rakyat Malaysia atau warga asing menyamar sebagai
kakitangan syarikat penghantar bungkusan akan segera mengubungi Nani.
Tidak hairan, dalam kes ini, Webb tidak berputus asa bertanyakan status bungkusan dihantarnya.
Mujur Nani menyedari situasi sebenar.
Sabtu lalu,
Nani dihubungi oleh seorang wanita menggunakan nombor 011-2618-2794
memaklumkannya mengenai bungkusan dihantar oleh Beck kononnya kini
berada dalam simpanan syarikat. Jika Nani mengakui bungkusan itu
miliknya, episod hitam pasti bermula.
Wanita tempatan
itu dengan kerjasama Beck akan mendesak Nani untuk mendepositkan
sejumlah wang kononnya untuk proses perlepasan cukai Kastam Diraja
Malaysia.
Saya pernah
memerangkap ahli sindiket itu, menggunakan nama Anthony Floyd dan
merakamkan perbualan terbabit. Loghat lelaki Nigeria, masakan sama
dengan loghat warga United Kingdom.
Cerita tidak akan dinoktahkan sekiranya RM2,500 dituntut itu didepositkan ke akaun peribadi itu.
Mengapa?
Kerana akaun
bank peribadi itu sebenarnya milik wanita Malaysia bersekongkol bersama
lelaki Nigeria. Mereka kemudian akan mendakwa kononnya wang dibayar oleh
mangsa tidak mencukupi untuk menebus bungkusan daripada pihak kastam.
Mangsa bersifat
tamak, memikirkan bungkusan mengandungi barangan bernilai jutaan
ringgit, lazimnya akan terus memasukkan wang ke akaun sama. Akibatnya,
sebilangan mangsa mengalami kerugian jutaan ringgit sebelum menyedari
mereka diperdaya.
Kira-kira 2
tahun lalu, saya menemui teman wanita lelaki Nigeria di bawah. Saya
berjanji tidak akan mendedahkan identiti wanita itu. Janji itu tetap
saya kotakan.
Menurut wanita berstatus janda itu, teman lelakinya terbabit dalam parcel scam atau turut dikenali sebagai 'Nigerian scam'. Mereka tinggal di kondominium bersama 3 rakan teman lelakinya.
Setiap hari
kumpulan lelaki Nigeria itu tidak lekang dengan komputer riba. Malah
makan bersama komputer. Tugas mereka, menghantar ratusan emel secara
rawak bertujuan cuba 'memancing' mangsa di alam maya melalui laman
sosial. Lazimnya, untuk menarik perhatian bakal mangsa, penjenayah
terbabit mengaku berkerja dalam bidang profesional dan menetap di United
Kingdom. Walhal mereka merempat di negara kita, menggunakan visa
pelajar tetapi tidak pernah menghadiri kuliah di kolej atau universiti
swasta.
Hidup
sebilangan mereka mewah, meraih wang hasil penipuan. Kekadang pendapatan
bulanan mereka mencecah puluhan ribu ringgit. Teman wanita dikaburi
dengan wang bertimbun sanggup menyerahkan tubuh untuk memenuhi nafsu
seks lelaki Nigeria.
Sebaik wang
didepositkan oleh mangsa ke dalam akaun bank teman wanita, wang itu
dikeluarkan dan dihantar terus ke Nigeria. Wanita Malaysia diperalatkan
hanya diberikan imbuhan di antara RM100 dan RM200 sahaja untuk satu
transaksi berjaya.
Selalunya
lelaki Nigeria mencari mangsa, wanita bertubuh gebu dan berpinggul lebar
dan besar. Rupa paras tidak begitu penting buat mereka.
Melihat gambar
dipaparkan, timbul pelbagai pandangan. Barangkali berada dalam dakapan
lelaki Nigeria, satu kenikmatan buat sebilangan gadis dan wanita kita,
tanpa mengira bangsa.
Gambar saya
kongsikan, tidak pernah disiarkan oleh media cetak atau elektronik dan
eksklusif untuk tatapan pembaca blog ini. Biarlah masyarakat tahu
bagaimanakah realiti kehidupan antara penjenayah selama ini mengaut
berbilion ringgit warga Malaysia.
Mungkin posisi di bawah antara kaedah senaman diamalkan oleh lelaki Nigeria untuk memastikan mereka sentiasa bertenaga.
Ketika unit kediaman mereka diserbu oleh polis, lelaki ini berjaya memboloskan diri.
Barangkali dia
masih lagi bermastautin di Malaysia dan terus mencari mangsa. Apapun,
pastikan anak gadis kita tidak berada dalam pelukannya.
Post a Comment Facebook Disqus