0


Cesc FabregasCesc Fabregas
 
 
SEVILLE: Perancang Sepanyol, Cesc Fabregas mungkin mampu pulih daripada kecederaan hamstring yang dialaminya tepat pada masanya untuk diturunkan bagi perlawanan pembukaan Kumpulan C menentang Itali pada 10 Jun, kata jurulatih, Vicente del Bosque kelmarin.

“Mereka melakukan beberapa ujian semalam dan doktor melihat bahawa dia (Fabregas) dalam keadaan yang boleh dikatakan baik,” Del Bosque memberitahu satu sidang akhbar di Seville menjelang perlawanan pemanas badan terakhir Sepanyol menentang China, semalam.

“Dia akan kembali menyertai rakan sepasukan yang lain dalam latihan tidak lama lagi, kemungkinan dia akan bersedia untuk perlawanan pada 10 hari bulan nanti,” tambahnya.





Fabregas yang direhatkan pada perlawanan menentang China sebagai langkah berjaga-jaga, mengalami kecederaan ketika kemenangan 3-0 Barcelona pada final Piala Sepanyol menewaskan Athletic Bilbao bulan lalu sebelum dia disenaraikan dalam skuad 23 terakhir juara dunia itu untuk mempertahankan kejuaraan Euro di Poland dan Ukraine.

Sementara itu, tonggak tengah, Xavi, yang juga pemain utama ketika kejayaan Sepanyol menjuarai Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 sering saja mengalami masalah kecederaan paha yang berlarutan tetapi dalam satu sidang media berasingan di Seville kelmarin berkata, dia sudah kembali cergas sepenuhnya.

“Saya dalam keadaan yang sangat bagus dan sangat gembira, teruja serta baik daripada segi fizikal. Semalam, saya berlatih (bersama pasukan kebangsaan) buat kali pertama, saya bermain pada final Piala Raja Sepanyol dan saya sudah pun berasa bagus di Real Betis pada hari terakhir perlawanan La Liga (pada 12 Mei),” kata Xavi. – Reuters

sumber from ; bharian

Post a Comment Disqus

 
Top