0
 
Euro 2012 yang akan berlangsung beberapa Jam saja lagi di Poland dan Ukraine merupakan UEFA European Football Championship edisi yang ke-14. Bermula pada 8 Jun ini dan akan berakhir pada 1 Julai 2012 nanti. Waktu Malaysia yang cepat beberapa jam menyebabkan para peminat bola sepak di sini terpaksa berjaga malam untuk melihat pasukan kegemaran mereka bermain.

Ini merupakan kali ketiga penganjuran Euro yang menggabungkan dua negara sebagai tuan rumah. Sebelum ini, Belgium-Belanda (2000) dan Austria-Switzerland (2008) pernah menjadi tuan rumah bersama.

Sebanyak 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran jaguh Eropah. Euro 2012 bakal menjadi kali terakhir format 4 pasukan dalam setiap 4 kumpulan digunakan. Dalam edisi 2016 akan datang, penyertaan pasukan bertanding akan dinaikkan kepada 24 pasukan.


Semua perlawanan UEFA Euro 2012 akan berlangsung di 8 buah stadium. 4 di Poland (Gdansk, Poznan, Warsaw, Wroclaw) dan 4 di Ukraine (Donetsk, Lviv, Kharkiv, Kyiv). Itulah serba sedikit mengenai Euro 2012. Paling ditunggu-tunggu format baru dalam edisi 2016 nanti. Semakin banyak pasukan dan semestinya semakin meriah.

Di bawah ini disertakan jadual perlawanan peringkat kumpulan Euro 2012. Tarikh dan masa telah diubah mengikut waktu Malaysia. Sebarang kesilapan harap boleh dimaklumkan.


Di Malaysia, Media Prima (TV3, NTV7) dan Astro akan menyiarkan perlawanan kejohanan berprestij tersebut. TV3 akan menyiarkan sebanyak 16 perlawanan secara langsung manakala ntv7 pula akan menyiarkan siaran tertunda dan ulangan setiap hari bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Semua siaran perlawanan itu secara langsung dan ulangan boleh juga ditonton menerusi www.tonton.com.my.

UEFA UERO 2012
Tuan Rumah : Poland-Ukraine
Tarikh : 8 Jun - 1 Julai 2012
Stadium : 8
(Poland - National Stadium, PGE Arena, Municipal Stadium, Municipal Stadium)
(Ukraine - Olympic Stadium, Metalist Stadium, Donbass Arena, Arena Lviv)
Laman Web Rasmi : http://www.uefa.com/uefaeuro/

Kedudukan Kumpulan UERO 2012

Group A - Poland, Greece ,Russia, Czech Republic
Group B - Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
Group C - Spain, Italy, Republic of Ireland, Croatia
Group D - Ukraine, Sweden, France, England

Jadual dan Keputusan Perlawanan UEFA EURO 2012 (Waktu Malaysia)

8 Jun 2012
11:55pm Poland vs Greece (Group A) - TV3, Astro Arena 801

9 Jun 2012
2:45am Russia vs Rep Czech (Group A)
11:55pm Belanda vs Denmark (Group B) - TV3, Astro Arena 801

10 Jun 2012
2:45am Jerman vs Portugal (Group B)
11:55pm Sepanyol vs Itali (Group C)

11 Jun 2012
2:45am Ireland vs Croatia (Group C) - TV3, Astro Arena 801
11:55pm Perancis vs England (Group D)

12 Jun 2012
2:45am Ukraine vs Sweden (Group D) - TV3, Astro Arena 801
11:55pm Greece vs Rep Czech (Group A) - TV3, Astro Arena 801

13 Jun 2012
2:45am Poland vs Russia (Group A)
11:55pm Denmark vs Portugal (Group B)

14 June 2012
2:45am Belanda vs Jerman (Group B) - TV3, Astro Arena 801
11:55pm Itali vs Croatia (Group C)

15 Jun 2012
2:45am Sepanyol vs Ireland (Group C) - TV3, Astro Arena 801
11:55pm Ukraine vs Perancis (Group D)

16 Jun 2012
2:45am Sweden vs England (Group D) - TV3, Astro Arena 801

17 Jun 17 2012
2:45am Greece vs Russia (Group A) - TV3, Astro Arena 801
2:45am Rep Czech vs Poland (Group A)

18 Jun 2012
2:45am Portugal vs Belanda (Group B) - TV3, Astro Arena 801
2:45am Denmark vs Germany (Group B)

19 Jun 2012
2:45am Croatia vs Sepanyol (Group C)
2:45am Itali vs Ireland (Group C) - TV3, Astro Arena 801

20 Jun 2012
2:45am Sweden vs Perancis (Group D)
2:45am England vs Ukraine (Group D) TV3, Astro Arena 801

Sumber dan rujukan: EUFA EURO & Stadium Astro

Bertuah lagi waktu perlawanan peringkat kumpulan sebab ada juga beberapa perlawanan yang disiarkan jam 12:00 malam. Untuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, sepak mula perlawanan semuanya pada pukul 2:45 pagi waktu Malaysia. Naya betul kepada peminat bola sepak tegar. Tengok pasukan pilhan je lah gamaknya.

Download jadual penuh perlawanan Euro 2012 format Microsoft Office Excel (.xls)

UEFA EURO 2012 Tournament Schedule

UEFA EURO 2012 Tournament Schedule
Anda juga boleh muat turun jadual penuh perlawanan Euro 2012 dengan klik link yang disertakan di bawah. File berformat Excel (.xls) dan lebih mesra pengguna untuk cetakan besar-besaran sebelum ditampal pada dinding. Pengguna juga boleh setting sendiri GTM-Time mengikut lokasi masing-masing. Kalau di Malaysia, setkan seperti dalam gambar di sebelah.


Selamat ber-Euro...jangan Lupe tengok Tau.....

Post a Comment Disqus

 
Top