0
JENGKA: Kerajaan pusat memperuntukkan RM150 juta bagi menyediakan infrasktruktur serta membangunkan kawasan yang dulunya di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ).

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, usaha itu memberi manfaat kepada lebih 700,000 penduduk di enam daerah iaitu Maran, Pekan, Bera, Jerantut, Rompin dan Temerloh.
"Setakat ini sebanyak 291 projek sudah dilaksana meliputi pembinaan ruang niaga, taman awam, dewan serba guna dan juga menaik taraf kemudahan asas seperti jalan," katanya selepas merasmikan Anjung Selera Jengka bernilai RM2.7 juta di sini, hari ini.
"Sebahagian besar kerja membangunkan kawasan terbabit dikendalikan di bawah program Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama kerajaan negeri," katanya.

Selain itu, Adnan berkata, kerajaan juga sudah menyiapkan pelan pembangunan bagi kawasan terbabit, dalam usaha meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat di kawasan luar bandar. - BERNAMA


sumber from ; bharian

Post a Comment Disqus

 
Top