0
SELEPAS dua keputusan seri dengan Filipina 0-0 di Shah Alam 1 Jun lalu dan Singapura 2-2 di Stadium Jalan Besar Jumaat lalu, Harimau Malaya kini di landasan terbaik menumbangkan Singapura pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, malam esok.

Barisan 24 pemain kebangsaan kecuali Wan Zack Haikal Wan Nor yang cedera hamstring dilihat menampilkan kesungguhan, semangat dan keceriaan sepanjang dua jam sesi latihan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.
Malah jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal turut yakin anak buahnya mampu tampil dengan aksi lebih baik dan menarik berbanding Jumaat lalu, lebih-lebih lagi selepas kemenangan mereka dinafikan pengadil Hong Kong, Ng Kai Lam.
“Singapura memang pasukan kuat dengan barisan pemain berpengalaman dan naturalisasi. Mereka lebih banyak perlawanan kerana beraksi di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia berbanding kita.

“Tapi kita masih dapat beraksi baik di Stadium Jalan Besar biarpun akhirnya dikecewakan pengadil yang sampai ke hari ini saya masih hairan kenapa dia beri sepakan percuma dalam kotak penalti. Jadi saya yakin kita boleh menang (esok),” kata Rajagobal ketika ditemui selepas sesi latihan.

Terdahulu sebelah pagi, barisan pemain kebangsaan meluangkan masa dua jam beramah mesra dengan penyokong Harimau Malaya sempena Karnival Street Soccer Belia DUN Taman Templer di Selayang.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal yang juga ADUN Taman Templer berkata: “Pengkritik silap jika mengatakan prestasi kita makin merosot. Kita sudah beri nafas baru kepada bola sepak negara dan kini pada prestasi terbaik untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF, November depan.”

from; bharian

Post a Comment Disqus

 
Top