0
KUALA LUMPUR: MyTeksi Sdn Bhd hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran teksi dengan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Sejagat) yang membolehkan penumpang mendapatkan teksi yang berada paling dekat dengan mereka dengan mudah.

Pengurus Besarnya, Chew Wei Chuan berkata, syarikat itu akan pertamanya menumpu kepada menyediakan penyelesaian terbaik bagi memadankan penumpang dengan pemandu teksi di Lembah Klang.
"Tahun depan, ia merancang menembusi pasaran Asia Tenggara. Aplikasi MyTeksi itu, yang dibangunkan dan diuji sejak September tahun lalu menerima lebih 500 tempahan sehari ketika ini," katanya selepas pelancaran aplikasi MyTeksi, di sini.
Kira-kira RM500,000 dilabur untuk membangunkan teknologi itu dan aplikasi tersebut adalah yang pertama di negara ini yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar bagi tempahan dan penghantaran teksi.

Perkhidmatan itu dikuasakan oleh teknologi Machine-to-Machine Maxis, serta memanfaatkan perkhidmatan rangkaian 3G dan 2G meluasnya di Malaysia.

MyTeksi ketika ini sedang berbincang dengan penyedia perkhidmatan teksi utama selepas mendapat sokongan daripada Comfort Communication Sdn Bhd (Comfort Taxi).

Pengerusi Comfort Taxi, Datuk Aslah Abdullah berkata, lebih 120 teksi syarikat ketika ini menggunakan perkhidmatan itu, dan ia merancang menambah kepada 500 lagi dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Aplikasi itu bagi iOS dan Android boleh dimuat turun secara percuma dan penumpang akan menikmati pelepasan RM2 bagi fi tempahan teksi standard mereka sehingga 30 Jun. - BERNAMA

sumber from : bharian

Post a Comment Disqus

 
Top