0
PEMAIN Jerman meraikan jaringan  Mario Gomez (tengah) menewaskan Portugal, kelmarin.
PEMAIN Jerman meraikan jaringan Mario Gomez (tengah) menewaskan Portugal, kelmarin.
LVIV: Ketika jurulatih lain ceria selepas merakamkan kemenangan pertama, lain pula gelagat jurulatih Jerman, Joachim Loew yang mula menyuarakan betapa dia amat bimbang dengan Belanda - lawan berikut mereka dalam Kumpulan B, Rabu ini.

Jerman menewaskan Portugal 1-0 menerusi tandukan penyerang, Mario Gomez pada babak kedua, kelmarin yang memberi mereka penguasaan awal selaku pasukan pilihan hangat kejohanan kali ini.
Namun, selepas finalis Piala Dunia, Belanda dikejutkan Denmark yang menang 1-0, Loew bimbang terhadap Belanda kendalian Bert van Marwijk yang perlu menewaskan Jerman di Kharkiv, Ukraine, Rabu ini jika mahu mara.
“Saya lebih suka jika mereka seri (menentang Denmark), sebuah pasukan Belanda yang kuat kini perlu menang,” kata Loew, 52. “Belanda ada banyak peluang....saya terkejut mereka gagal menjaringkan sebarang gol, tetapi buat kami, ia menarik.”

Selepas mengalami kekalahan mengejut 5-3 kepada Switzerland di Basel bulan lalu dan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Israel pada hujung Mei, Loew berkata, pasukannya menampilkan pertahanan ketat mengekang serangan Portugal.

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dikawal ketat sepanjang perlawanan, tetapi Jerman bernasib baik apabila rembatan Pepe pada hujung babk pertama mengenai palang gol dan melantun di atas garisan gol sebelum bola dikeluarkan.

“Ia perlawanan yang begitu sengit,” kata Loew, “Tetapi ia memberikan kami satu permulaan yang bagus. - AFP

sumber from ;- bharian

Post a Comment Disqus

 
Top