0

'United tetap kelab terbaik


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) percaya skuad The Red Devils telah mencipta sejarah besar dalam kancah Liga Perdana England.
Meskipun masih berada dalam kesedihan selepas gagal mempertahankan kejuaraan liga musim ini, Ferguson tetap yakin anak-anak buahnya mampu bangkit pada saingan musim depan.

"Apabila anda melihat semula rekod sebelum ini, ia akan menceritakan kehebatan sebenar Manchester United.

"Tidak ada kelab di dunia ini yang mampu mencipta drama seperti yang pernah United lakukan.

"Saya akui kami gagal muncul juara liga musim ini tetapi jika anda melihat rekod kami sebelum itu, United merupakan sebuah kelab yang perlu diingati," kata Ferguson.
Menurut Ferguson, United akan terus kekal sebagai pasukan yang tiada tolok bandingnya selepas mengecap kejuaraan liga sebanyak 19 kali.

Sebagai rekod, United mengungguli liga domestik pada musim 1907/08, 1910/11, 1951/52, 1955/56, 1956/57, 1964/65, 1966/67, 1992/93, 1993/94, 1995/96, 1996/97, 1998/99, 1999/00, 2000/01, 2002/03, 2006/07, 2007/08, 2008/09 dan 2010/11.

Dalam pada itu, Manchester City telah bersedia untuk bersaing dengan United bagi menandatangani bintang Inter Milan, Wesley Sneijder.

United telah dikaitkan dengan pemain antarabangsa Belanda itu pada musim panas lalu, namun Sneijder lebih berminat untuk kekal di San Siro.

Kini Sneijder dijangka memilih City berbanding United apabila skuad kendalian Roberto Mancini itu mahu membina skuad yang lebih mantap bagi mempertahankan status juara Liga Perdana England.
Begitupun, Sneijder enggan memberikan sebarang komen mengenai tawaran dua kelab gergasi Manchester itu sebelum berakhirnya kempen Euro 2012.

 

 

Sumber From : Kosmo

Post a Comment Disqus

 
Top