0

Kompany tak sabar



KETUA pasukan Manchester City, Vincent Kompany akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia pada Rabu ini bagi melancarkan penjualan tiket antara pasukan juara baru Liga Perdana Inggeris itu dengan Pilihan Malaysia.
Pemain pertahanan itu yang mengemudi Manchester City menjulang takhta pertamanya dalam tempoh 44 tahun, akan menjadi tarikan bintang utama apabila promoter perlawanan, ProEvents mengumumkan penjualan tiket untuk perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 30 Julai nanti.

Menurut kenyataan ProEvents, Kompany akan merasmikan pelancaran penjualan tiket itu di Wisma FAM di Kelana Jaya pada 6 Jun ini.
Pemain berasal dari Belgium itu dilaporkan tidak sabar-sabar untuk membuat kunjungan pertamanya ke Malaysia.

“Saya sudah mendengar banyak perkara menarik mengenai negara anda daripada rakan sepasukan saya yang pernah berada di Malaysia. Mereka sentiasa terpaku dengan kehangatan dan keramahan penduduk Malaysia dan saya tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan peminat kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Kompany, 26, menjadi antara pemain pertahanan tengah terbaik dunia sejak menyarung jersi Manchester City empat tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah membuat 127 penampilan untuk kelab berkenaan.

Dia juga menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala FA dan juara Liga Perdana Inggeris, tahun lalu.



Sumber From : Bharian.com

Post a Comment Disqus

 
Top