0

Pertama kali di istana baharu


ISTANA Negara baharu di Jalan Duta, Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya akan menjadi tempat sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.


KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar kecil) hari ini buat julung-julung kalinya diadakan di Istana Negara baharu di Jalan Duta di sini.
Sebelum ini, upacara pertabalan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berlangsung dengan penuh istiadat di Istana Negara berkenaan pada April lepas.
Pertabalan bersejarah itu menyaksikan Tuanku Abdul Halim dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan dalam kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada tahun 1970 semasa berusia 42 tahun dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan pula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun.
Kali ini, Istana Negara yang menjadi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia bakal berlangsung sambutan penuh istiadat Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong secara rasminya disambut pada setiap hari Sabtu pertama bulan Jun tidak mengambil kira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan atau Raja-Raja Melayu yang sedang memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong.

Sumber FROM ; KOSMO

Post a Comment Disqus

 
Top