0

Euro 2012: Alonso penggerak Xavi, Iniesta


ALONSO (kanan) nadi  Sepanyol di bahagian tengah.
ALONSO (kanan) nadi Sepanyol di bahagian tengah.
MADRID: Dengan segala seni yang ditampilkan Xavi Hernandez dan Andres Iniesta, kedua-dua pemain tengah Sepanyol ini tidak mungkin mampu mendominasi dunia bola sepak sejak empat tahun kebelakangan ini tanpa terjahan keras Xabi Alonso.

Bintang Real Madrid berusia 30 tahun - yang melakukan penampilan pertama pada 2003 dan mampu melepasi 100 kaps pada Euro 2012 – juga seorang pengumpan yang tepat kepada dua pemain Barcelona itu, Xavi dan Iniesta dalam merencanakan corak permainan hantaran cantik sambil berdiri di belakang dan memecahkan serangan lawan.
“Saya sentiasa menjadi pemain tengah sejak bermain dengan abang saya Mikel di bangku simpanan buat San Sebastian (utara Sepanyol),” kata Alonso. “Semua mahu menjadi penyerang dan menjaringkan banyak gol tetapi saya gembira berada di belakang.”
Alonso sering menjadi wira tidak didendang buat kejayaan menakjubkan Sepanyol dan memainkan peranan penting kepada Real yang mengakhiri dominasi Barca dalam kejuaraan La Liga tetapi dia tidak pernah angkuh dengan kemampuannya.

Sekalipun dengan kejayaan menakjubkan sepanjang kerjayanya, yang bermula pada usia muda – menjadi kapten selepas John Toshack memberi kepercayaan itu di Real Sociedad pada usia 19 – abangnya, Mikel berkata, Xabi tidak berubah sedikitpun.

“Xabi menikmati kejayaan yang sukar untuk digambarkan, namun dia tidak pernah berubah,” kata Mikel yang juga pemain bola sepak profesional.

“Kamu belajar bagaimana untuk mengendalikan sifat bongkak apabila berada di atas. Kamu perlu berdepan dengan ramai orang dan mempunyai banyak komitmen, tetapi bagi saya dia adalah dia.” – AFP

Sumber from : b.harian

Post a Comment Disqus

 
Top