0

New Zealand juara PSAS

PEMAIN Argentina, Santiago Montelli (tengah) diasak oleh dua pemain New Zealand pada final PSAS di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.


PEMENANG pingat gangsa Sukan Komanwel 2010, New Zealand mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya muncul juara pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-21.
Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam semalam, New Zealand menewaskan Argentina 1-0.

Sebelum ini, New Zealand hanya menduduki tempat keempat pada kejohanan edisi 1993, 2003, 2008 dan 2009.

New Zealand yang menduduki ranking ketujuh dunia memperoleh gol tunggal itu melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Andy Hay- ward pada minit ke-18.

Lebih manis, penjaga gol New Zealand, Kyle Pontifex memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Selepas itu, Argentina yang menduduki ranking kesembilan dunia telah bekerja keras untuk mencari gol penyamaan tetapi gagal.

Sebaliknya, New Zealand berjaya mencengkam Argentina daripada menjaringkan sebarang gol sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, juara lima kali, India menduduki tangga ketiga setelah menumpaskan tuan rumah Sukan Olimpik 2012, Britain 3-1.

Britain yang menduduki ranking keempat dunia mendapat gol tunggalnya melalui pukulan sudut penalti oleh Ashley Jack- son pada minit ke-35.

Ashley turut diisytihar sebagai Penjaring Terbanyak kejohanan dengan enam gol, manakala Britain memenangi anugerah Piala Fairpaly.

Shivendra Singh berjaya menyamakan kedudukan buat India hasil rembatan kencangnya pada minit ke-42.

Harapan Britain untuk menandingi kekuatan India berkecai apabila lawannya itu menjaringkan dua gol melalui Sandeep Singh (53) dan Tushar Khandker pada minit ke-68.


sumber From : Kosmo


Post a Comment Disqus

 
Top