0
Josh Hutcherson (kiri) dan Elizabeth Banks.
Josh Hutcherson (kiri) dan Elizabeth Banks.
Breaking Dawn: Part 1 filem terbaik Anugerah MTV

FILEM The Hunger Games dan bintangnya muncul sebagai pemenang utama pada Anugerah Filem MTV, yang berlangsung di Los Angeles, malam kelmarin, dengan membawa pulang empat trofi.
Berbeza dengan tahun sebelum ini, acara berkenaan berlangsung agak sederhana, padahal ia cukup dikenali sebagai antara acara hiburan paling meriah di Hollywood.
Bagaimanapun, bagi anugerah filem pilihan, berdasarkan undian peminat menerusi atas talian sepanjang acara berlangsung, The Twilight Saga - Breaking Dawn: Part 1 nampaknya berjaya menewaskan The Hunger Games dan sebuah lagi filem popular, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.

The Hunger Games memenangi trofi untuk kategori persembahan terbaik pelakon lelaki dan wanita, masing-masing buat Josh Hutcherson dan Jennifer Lawrence, transformasi terbaik untuk Elizabeth Banks dan juga pertarungan terbaik.
Trofi bagi kategori ‘kurang sopan’ pada malam berkenaan seperti ‘dirtbag’ terbaik di layar perak dimenangi oleh Jennifer Aniston bagi wataknya sebagai doktor gigi yang celupar dalam Horrible Bosses. Ciuman terbaik pula dimenangi Kristen Stewart dan Robert Pattinson menerusi filem Twilight. Ia kemenangan keempat berturut-turut dua pelakon ini.

Pengacara majlis, Russell Brand, yang terkenal dengan lawak seksinya turut berjenaka mengenai perkahwinan singkatnya bersama penyanyi Katy Perry. Dia mengucapkan terima kasih kepada bintang realiti, Kim Kardashian, yang menghilangkan tekanan dirasakan olehnya, apabila pernikahan wanita itu bersama Kris Humphries berakhir lebih awal daripada perkahwinannya.
Dia juga mengenakan beberapa bintang lain seperti Justin Bieber, Charlie Sheen, John Travolta, Kanye West dan pelakon filem Shame, Michael Fassbender, yang didakwanya ‘mendapat rezeki daripada ketagihan seks’.

Manakala antara detik paling diingati pula datangnya daripada pelakon Christian Bale, yang memberikan pengenalan penuh emosi kepada sedutan eksklusif untuk filem terbarunya, The Dark Knight Rises, selepas rakaman Heath Ledger sebagai Joker ditunjukkan daripada filem kedua arahan Christopher Nolan, daripada francais wira kelawar itu.

Bintang Prometheus, Charlize Theron dan Michael Fassbender, pula berpura-pura melakonkan babak pertarungan ketika menyampaikan anugerah, sementara pelakon filem Magic Mike, Matthew McConaughey, Channing Tatum dan Joe Manganiello menggoda penonton dengan aksi ala penari bogel mereka.

Pelakon The Descendants, Shailene Woodley, diumumkan pemenang anugerah artis baru terbaik, bintang Spiderman, Emma Stone, menerima Anugerah Trailblazer dan aktor Dark Shadows, Johnny Depp, diberikan Anugerah Generasi 2012 kerana kerjaya cemerlangnya sepanjang tiga dekad lalu. - Reuters

sumber from ; bharian

Post a Comment Disqus

 
Top