0

salam disini saya nak kongsi sikit tips untuk menarik lebih ramai pengunjung supaya membaca penulisan kita. Ingat, buat blog ni bukan sebab nak kejar impression supaya dapat earning banyak. Sepatutnya, tujuan asal berblogging adalah menulis dan berkongsi apa yang terpendam dalam kepala hotak ni. Kalau tulis blog setakat nak buat duit, susah blog nak maju. Percayalah.

Tajuk Entri yang Best

Tajuk mesti bagus dan menarik perhatian orang. Kebiasaan yang aku nampak kat GengBlogger, asalkan ada tajuk pasal duit nuffnang, tingkatkan trafik atau tajuk-tajuk yang berunsurkan lucah sikit je boleh kata entri itu dijamin jadi popular. Jadi kat sini kita tahu apa kehendak orang, semua nak duit dan kebanyakan blogger nakal-nakal belaka. Haha.. aku mengaku aku pun nakal kadang-kadang. Bukan nak cakap aku ni sempurna daripada segala dosa-dosa macam ni.


Akhir zaman punya berblogging (awal zaman dulu mana ada orang blogging da..) macam nilah.
Cerita pasal seks, duit dan harta menjadi kegemaran semua ish.. ish.. ish..


Point kat sini, kita kena faham apa yang orang suka baca. Bergantung kepada target pembaca, tajuk yang serius mungkin tidak akan dipandang oleh golongan muda. Samalah juga tajuk-tajuk yang berkaitan dengan wordpress tidak akan diambil endah oleh golongan bloggger di Blogspot (majoriti blogger Malaysia menggunakan Blogspot

Gambar

Letak gambar pada tempat yang sesuai. Kalau entri panjang berjela-jela, eloklah sangat letak gambar supaya orang boleh amik timeout sekejap semasa membaca. Cuba jadi kreatif, letak gambar dan kaitkan dengan apa yang kita tulis. Nak buat lawak pun boleh. Dengan itu orang tak bosan baca pos panjang-panjang.

Senyuman itu sedekah..

Soundtrack

Soundtrack ni aku tengok Zack Zukhairi Dan Blog masa Kini selalu guna. Rasanya ramai yang dah kenal Zack. Dia memang kreatif dan sentiasa ada idea untuk menulis. Bakat semula jadi tu, tak ramai yang boleh jadi kreatif macam tu.
Soundtrack ni boleh menghidupkan mood dan suasana ketika membaca.

Kesimpulan dan Pengajaran

Apa yang penting dalam sesuatu penulisan adalah pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan. Kalau mesej tak jelas dan pembaca tak faham dengan apa yang kita cuba sampaikan, memang diorang akan terasa hampeh, seolah-olah masa mereka telah dibazirkan begitu sahaja.
Cuba biasakan diri untuk menceritakan sesuatu point by point. Kalau ko nak cerita semua benda dalam satu perenggan memang bercelaru la otak. Betul? Ni semua basic dalam penulisan karangan semasa SPM dan PMR. Rasanya semua dah tau.

Kad kredit pilihan saya

Tulis biar simple dan bersahaja

Ok yang ni susah sikit aku nak ikut. Aku sendiri kadang-kadang terserius semasa menulis, mungkin sebab aku ni memang orang yang serius.
Dunia berblogging ni, sekurang-kurangnya dunia blogging yang aku dan kau berada sekarang ni memang demand benda yang simple je. Orang tak baca benda serius-serius. Itu sebab blog Zack Zukhairi yang tak serius tu ramai orang suka. Baca blog dia dan belajar. Lagi satu boleh tengok blog brader Melz gak. Ni pun sempoi je. Masa awal-awal start dulu aku banyak cedok ilmu daripada blog dia. Thanks bro!

Credit artikel ini dari Ariffshah.com Dan Blog Masa Kini

Jadi itu je setakat ni. Yang penting korang enjoy berblogging dan jangan cilok orang lain punya entri sudah.

Anda Boleh Share artikel ini atau Copy - Paste artikel ini untuk meningkatkan traffik Blog anda Dengan Select all artikel ini . Selepas itu anda Boleh Tekan butang di keyboard anda iaitu Butang CTRL + C = copy dan pastekan di blog anda...

Semoga berjaya.. tqvm

Post a Comment Disqus

 
Top