0
KLUANG: Orang ramai boleh menonton visual perhimpunan BERSIH 3.0 di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai Rabu ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata rakaman visual itu sudah siap dan akan dimuat naik ke laman web kementerian untuk dinilai sendiri orang ramai.

“Niat kita supaya masyarakat dapat membuat penilaian serta rumusan dalam perspektif lebih luas.
Sekiranya apa yang kita siarkan bukan fakta, saya alu-alukan pihak berkenaan saman KDN. Kita mahu kebenaran dan pembelaan bukan saja kepada pihak yang berhimpun, malah untuk polis dan media. - Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) 
 
“Sekarang kita terbuka mahu rakyat membuat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan sempit yang menjurus kepada perhitungan tertentu,” katanya selepas melancarkan buku Antara Kasih dan Naungan: Program Dian Desa Perkampungan Orang Asli Parlimen Sembrong di Sekolah Rendah Ladang Mutiara, Kahang dekat sini, semalam.

Ditanya sama ada kementeriannya bersedia berdepan pihak yang akan mempertikai kesahihan video itu, Hishammuddin berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan.

“Sekiranya apa yang kita siarkan bukan fakta, saya alu-alukan pihak berkenaan saman KDN. Kita mahu kebenaran dan pembelaan bukan saja kepada pihak yang berhimpun, malah untuk polis dan media,” katanya.


Sumber from ; bharian

Post a Comment Disqus

 
Top