0
KRAKOW: Pengurus England, Roy Hodgson yakin anak didiknya diketuai Steven Gerrard sudah bersedia berdepan cabaran apabila menentang bekas juara dunia, Perancis dalam saingan Kumpulan D, hari ini sambil menegaskan skuadnya tidak akan menghampakan negara.

Perancis pimpinan Laurent Blanc akan hadir dengan reputasi 21 perlawanan tanpa kalah dan pilihan hangat langsung tidak membuat pengurus The Three Lions itu gentar apabila berkata situasi itu sekadar akan mencipta inspirasi tambahan untuk pasukan.
“Pemain berasa kami dapat menewaskan Perancis dan ia tidak perlu dipersoalkan,” kata Hodgson. “Kami sudah melihat gelagat dan kemampuan ramai pemain lawan itu dalam Liga Perdana Inggeris dan tahu cara menyekat mereka.”
Sementara itu, pengendali itu akur bakat berbeza antara Danny Welbeck dan Andy Carroll membuatkan dia sukar membuat pilihan yang mana harus berada dalam kesebelasan pasukan berdepan Perancis.

Penyerang Manchester United, Welbeck dipercayai memiliki kelebihan berbanding Carroll dalam persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama untuk perlawanan di Donetsk tanpa kehadiran Wayne Rooney yang digantung perlawanan.

Welbeck yang lebih banyak pergerakan menyerlahkan bakatnya dengan menghasilkan gol ketika persahabatan menentang Belgium awal bulan ini, dengan kepantasan yang dimilikinya lebih sesuai dengan perancangan England yang mengamalkan corak permainan serangan balas.

“Anda tidak boleh membandingkan Welbeck dan Carroll dari segi kualiti kerana mereka adalah pemain berbeza. Tetapi, kedua-duanya mempunyai kualiti yang penting,” katanya. - AFP


sumber from ;- bharian

Post a Comment Disqus

 
Top